Selasa, 15 April 2014

ISTILAH-ISTILAH ULUM AL-HADITH 1. Al-Hadith : ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم قولا أو فعلا أو تقريرا أو صفة (Apa yang disandarkan kepada Nabi S.A.W sama ada berupa perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat Baginda). 2. Al-Sunnah : ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم قولا او فعلا او تقريرا أو صفة خلقية أو خلقية سواء كان قبل البعثة أو بعدها (Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. berupa perkataan atau perbuat- an atau pengakuan atau sifat kejadian atau akhlak sama ada sebelum di dibangkitkan menjadi rasul atau selepasnya). 3. Al-Athar : Sesuatu yang datang daripada sahabat, tabi'in dan orang-orang sesudah- nya. 4. Al-Khabar : Sesuatu yang datang daripada Rasulullah s.a.w. dan selain baginda. Tiap-tiap hadith adalah khabar tetapi bukan setiap khabar itu hadith. 5. As-Sanad : Jalan yang menghubungkan matan hadith kepada Rasulullah s.a.w. 6. Al-Matan : Kalam yang diucapkan oleh sanad terakhir. 7. Al-Musnad : Hadith yang marfu' lagi muttasil sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. @ Nama kitab yang menghimpunkan seluruh hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat seperti Musnad Ahmad Ibn Hanbal. 8. Al-Musnid : Gelaran keahlian bagi orang yang meriwayatkan hadith berserta sanad. 9. Al-Muhaddith : Gelaran bagi orang yang mengetahui selok belok ilmu mustalah hadis termasuk sanad, sifat-sifat perawi, matan, keadilan dan kecacatan perawi dan lainnya. Seorang yang menghafaz sekurang-kurangnya 1000 hadith beserta sanad. 10. Al-Hadith : Gelaran bagi orang yang mengetahui selok belok ilmu mustalah hadith dan menghafaz sebanyak 100,000 hadith.

Rabu, 12 Oktober 2011

Persediaan untuk peperiksaan akhir semester 1_PPG

Assalamu'alaikum wrwb,
Kepada semua pelajar PPG Pendidikan Islam IPG KPM.
Berikut adalah beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk persediaan peperiksaan akhir semester anda. Sila baca tajuk-tajuk berikut:
1. Perkembangan Pend.Islam zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa' al-Rasyidin dari aspek kurikulum, metodologi,sumber dan pusat pendidikan.
2. Perkembangan Pend.Islam di Malaysia hingga kini- sebelum dan selepas merdeka: konsep dan proses, kurikulum, perbandingan dan keistimewaan PI selepas merdeka.
3. Perbandingan kurikulum lama dan baru dari segi objektif,matlamat dan falsafah serta kelebihan kurikulum Pend.Islam KBSR.
4. Analisis kandungan sukatan pelajaran,HSP Pend.Islam KBSR
5. Kepentingan Buku Teks, BPG dan kaitannya dengan SP serta keberkesanan penggunaannya dalam P&P guru
6. Konsep, kandungan, pelaksanaan dan penilaian Pend.Islam 6 bulan pertama Tahun 1
7. Matlamat pelaksanaan j-QAF dan kandungan kurikulumnya serta pelaksanaan setiap model dalam program j-QAF.

Harap anda membaca dan memahami semua modul yang disediakan beserta tugasan yang telah dibincangkan dalam tutorial. Selamat berusaha.

Selasa, 13 September 2011

Tugasan Tutorial PPG pada 24 Sept 2011

Assalamu'alaikum wrwbh;
Makluman untuk pelajar PPG Pendidikan Islam unit 1 dan 2, sila laksanakan tugasan di bawah ini secara berkumpulan mengikut unit masing-masing.

1. Bincangkan cara pelaksanaan Pend.Islam 6 bulan pertama Tahun 1 dan cara penilaiannya.

2. Huraikan dalam bentuk grafik konsep Pend.Islam j-QAF meliputi:
- pengenalan
- objektif
- matlamat
- kandungan
- kurikulum
- pelaksanaan

3. Sediakan kertas kerja Kem Bestari Solat untuk dibentangkan.

4. Huraikan pelaksanaan Model-model berikut berserta kekuatan dan kelemahan setiap model:
- Model 6 Bulan Khatam al-Qur'an
- Model Kelas Pemulihan Jawi
- Model Bahasa Arab Komunikasi
- Model Tasmik

Sila e-melkan tugasan anda ke alamat: safi64@gmail.com sebelum hari bersemuka.

Khamis, 14 Mei 2009

PETUA HIDUP SAKINAH

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain
sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah
mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin
namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji
akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima
dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya
senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi palingbesarpahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam
hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga
sakinah,yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Semoga kita semua mencapai mardotillah!